Pertanyaan? Email: tika@myroyaltable.com

Pengenalan

Hi! Bermula pada tahun 2009, myroyaltable.com menjual pelbagai koleksi pinggan mangkuk, barangan antik dan turut menyediakan khidmat membeli pelbagai barangan secara online dari sekitar UK. Jadi ambillah peluang ini untuk memiliki produk berkualiti dari UK dengan harga yang lebih murah! Saya sentiasa cuba yang terbaik untuk mendapatkan koleksi yang menarik.



Harga barangan yang ditawarkan bergantung kepada kos, masa, tempat dan harga yang terbaik dapat saya perolehi daripada beberapa sumber seperti local collector, pengumpul barangan antik, jualan murah, pemborong, carboot sales dan lain-lain lagi. Maka harga tidak semestinya sama mengikut jenis dan kuantiti.




Kebanyakan barang adalah 2nd hand yang masih dalam keadaan yang baik, namun jika ia barang baru maka akan dinyatakan sebagai (NEW). Saya katakan kebanyakan barang sebagai 2nd hand kerana kebanyakannya adalah barangan antik, vintage atau yang disimpan sebagai koleksi oleh peminat-peminat/pengumpul set pinggan mangkuk.


Jika anda mempunyai sebarang permintaan khas atau ingin membeli produk berkaitan dari mana-mana website UK ataupun Ebay UK yang mana ia tidak menyediakan khidmat pos ke Malaysia, sila hubungi saya melalui email: tika@myroyaltable.com dengan memberikan link produk berkenaan, termasuk maklumat lengkap anda sendiri (Nama Penuh, No. Tel & Alamat). Saya akan cuba mempertimbangkannya jika bayaran penuh termasuk kos (P&P) pos dan packaging disertakan seperti yang dipersetujui.


Bagi anda yang ingin membeli barang melalui ebay UK juga, boleh menghubungi saya melalui email.

Selamat membeli! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...